Serting Makmur, Berkat Sejahtera


Ikuti Ustaz Fairuz Isa dalam memperjuangkan kesejahteraan Serting dalam Pilihanraya Negeri Sembilan 2026 bagi DUN Serting

Calon N05 DUN Serting
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol

Kenali Ustaz Fairuz Isa

Siapakah Ustaz Fairuz Isa?

YB Ustaz Mohd Fairuz bin Hj Mohd Isa merupakan tokoh kepimpinan yang berwibawa dan merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Negeri Sembilan bagi penggal ke-15.

Dilahirkan di Batu Kikir, beliau mendapat pendidikan agama yang kukuh di Madrasah An-Nahdzah, Kedah sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan memperoleh kelulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Sebelum memikul amanah selaku wakil rakyat, Ustaz Fairuz membina reputasi kemasyarakatan yang kuat menerusi bidang pendidikan agama sebagai Guru KAFA, Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, serta menerajui Akademi Darul Ulum selaku Pengerusi.

Komitmen beliau yang tinggi dalam politik kebajikan dan khidmat sivil meletakkan beliau di barisan hadapan menjelang pilihan raya negeri ini, di mana beliau kini menggalas tanggungjawab utama sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol.

Ustaz Fairuz Isa bercakap di atas pentas

Kegiatan Mayarakat

Sepanjang tempoh berkhidmat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Serting di bawah pimpinan YB Ustaz Fairuz Isa telah menguruskan

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan Kebajikan

RM56,001

Infaq & Bantuan

RM28,621

Ziarah & Sumbangan

RM23,380

Bantuan Pendidikan

RM2,000

Bantuan Anak Muda

RM2,000

Kebajikan & Bantuan Sosial

Menggerakkan Program Wakaf Medik (menyumbang 7 kerusi roda dan 5 katil pesakit setakat November 2025), sumbangan bantuan segera dan khidmat pertolongan mangsa musibah, serta ziarah dan sumbangan ikhlas kematian kepada waris.

Program Khas Ramadhan & Perayaan

Menganjurkan program Semarak Kasih Ramadhan 2025 (penganjuran santun keluarga asnaf, iftar jamaie, kacau bubur lambuk, dan Moh Sahor 1.0), edaran kurma di rumah dan pasar malam, serta penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri berserta agihan duit raya anak-anak.

Ekonomi, Usahawan & Pendidikan

Menggerakkan inisiatif "Ust Fairuz Bantu Promosi Perniagaan" bagi menghebahkan produk usahawan tempatan menerusi Facebook/TikTok LIVE, menguruskan sumbangan Kembali Ke Sekolah (BTS) dengan meraikan 30 anak asnaf/ibu tunggal membeli pakaian sekolah, serta mengekalkan rekod kehadiran 100% (3 kali hadir) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan ke-15.

Komuniti, Belia & Rentas Kaum

Menganjurkan Program Rentas Kaum bersama DHPP & GERAKAN demi keharmonian perpaduan nasional Perikatan Nasional, Program Merdeka Hiking 2025 di Bukit Penarikan berserta agihan t-shirt percuma, Program Serah Jalur Gemilang, serta Program Tukar Minyak Hitam Percuma yang memberi manfaat kepada 100 pemilik motosikal anak muda di FELDA Raja Alias.

Isu-Isu

Mari bersama bersatu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat DUN Serting

Isu Kebajikan Felda

Mengutarakan isu "Pemegang Amanah Tanah Felda" di peringkat perbahasan DUN bagi memperjuangkan sekatan perundangan generasi kedua Felda supaya boleh memanfaatkan tanah peninggalan ibu bapa secara saksama.

Fasiliti Kesihatan Jempol

Membawa aduan rasmi berhubung tempoh menunggu rawatan di Hospital Jempol mengikut zon piagam pelanggan (Zon Merah, Zon Kuning, Zon Hijau) serta menyemak bilangan doktor pakar dan jururawat berdaftar (setakat 30 Jun 2025: 4 pakar penuh masa, 2 pakar perubatan, 1 bius, 1 pembedahan am, 39 pegawai perubatan, dan 108 jururawat) demi kelancaran sektor kesihatan komuniti, di samping melaksanakan Program Kolaborasi "Doktor Masuk Kampung".

Aduan & Pemantauan Infrastruktur

Secara aktif memantau, menyemak, dan menyegerakan proses baik pulih kemudahan infrastruktur awam, jalan raya, pengairan, saliran, serta pengurusan sisa pepejal bersama PBT demi keselesaan warga DUN Serting.

Tawaran Perikatan Nasional

Sebagai ADUN Serting dan kepimpinan utama Perikatan Nasional Negeri Sembilan, beliau komited sepenuhnya dalam menyokong dan merealisasikan 8 Tawaran Utama peringkat negeri

Memacu Daya Tahan Ekonomi & Menangani Kos Sara Hidup

Meningkatkan Peruntukan Usahawan Negeri Sembilan Memperkenalkan Skim "TaNismilan" dengan peruntukan sebanyak RM 5 Juta Memacu Sektor Pertanian Bernilai Tinggi

Melestari Masa Depan Belia

Menawarkan Dana "Nismilan Mudo" dan "Tani Mudo" sebanyak RM 2 Juta setahun Pembangunan e-Sport di setiap Daerah dengan peruntukan RM 1 Juta setahun.

Merakyatkan Pendidikan

Memperuntukkan RM 2 Juta untuk Penyelenggaraan dan Penaiktarafan Fasiliti Sekolah Agama di seluruh Negeri Sembilan Subsidi Tambang Bas Sekolah sebanyak 20%

Memperkasakan Wanita Unggul

Geran RM 1 Juta untuk Inkubator Usahawan Wanita Prihatin memperkasa usahanita. Inisiatif Ibu Prihatin Nismilan berupa subsidi kos bersalin 10% atau maksimum RM300 bagi anak pertama di Negeri Sembilan. Inisiatif Wanita Waja & menambah kapasiti operasi pusat jagaan kanak-kanak untuk membantu keluarga kerjaya.

Mempertingkat Kesejahteraan Sosial

Fokus (Warga Emas, OKU, FELDA, Orang Asli Dana sebanyak RM 50,000 untuk Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Memperkasa Jaringan Infrastruktur & Keselamatan

RM 15 Juta untuk memperkukuh Keselamatan Jalan Raya, Memperluas Wi-Fi Percuma Program Kesedaran Perlindungan & Keselamatan

Merancakkan Ekopelancongan Serta Pelancongan Berasaskan Budaya & Warisan

Memperuntuk RM 5 Juta bagi Merancakkan Sektor Pelancongan di Negeri Sembilan Membangunkan hab pelancongan berasaskan pendidikan (edu-tourism).

Meningkatkan Kecekapan Tadbir Urus

Jawatankuasa Khas pakar pelbagai bidang bagi memantau dan memastikan tawaran PN dilaksanakan sepenuhnya Wujudkan Kerajaan Negeri dan entiti Majlis-Majlis Perbandaran bebas rasuah Perkasa ekosistem pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) Optimum penggunaan teknologi digital dan data raya

Hubungi Kami

Maklumat Hubungan

Alamat

Serting, Negeri Sembilan, Malaysia

E-mel

info@ustazfairuzisa.com

Telefon

Hubungi melalui media sosial

Ikuti Kami

Scroll to Top